KUALA LUMPUR: Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah menilai keupayaan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada Peraturan Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
Seramai tiga orang pakar membentangkan penilaian mereka berkaitan nilai MSPO, termasuk peranan pematuhannya untuk EUDR pada Webinar MPOC 3.0 baru-baru ini yang dihadiri lebih 500 peserta dari Malaysia, Eropah dan global.
Menurut MPOC, dalam webinar itu, pakar teknikal Institut Hutan Eropah Dr Josil Murray membentangkan analisis perbezaan antara MSPO dan EUDR dan menggariskan aspek yang menunjukkan MSPO merupakan pensijilan yang berjaya.
"Aspek untuk penyelarasan selanjutnya turut dikenal pasti, termasuk mengurangkan jurang maklumat berkaitan penebangan hutan, pengesahan dari segi undang-undang, geolokasi dan kebolehkesanan dalam pengeluaran minyak sawit," kata MPOC dalam satu kenyataan.
Pakar pensijilan antarabangsa dan juruaudit untuk minyak sawit dan getah Pierre Bois d'Enghien berkata MSPO harus diiktiraf oleh EU sebagai instrumen pematuhan, susulan ia merupakan piawaian yang baik, dan memenuhi semua keperluan kemampanan dan keperluan undang-undang EUDR.
D'Enghien turut menyatakan pematuhan kepada EUDR hanya akan dicapai jika Suruhanjaya EU bersedia untuk bekerjasama dengan negara di dunia membangun.
Oleh itu, beliau berkata usaha ini harus bermula dengan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada usaha positif rakan dagangan, termasuk standard pensijilan MSPO di Malaysia.
Malaysia, kata D'Enghien berada pada kedudukan yang baik disebabkan mempunyai pensijilan MSPO.
Pengurus Perkhidmatan Pensijilan dan Operasi MSPO, Tan Chee Yong berkata MSPO telah berkembang sejak diperkenalkan pada 2013 dan menyerlahkan keperluan kemampanan utama baharu yang terdapat dalam Piawaian MSPO 2022 yang disemak semula.
Beliau juga menyatakan potensi penyelesaian industri minyak sawit Malaysia untuk memenuhi keperluan EUDR, seperti menaik taraf platform jejak MSPO dan menyelaras definisi berkaitan perhutanan MSPO dengan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau EUDR.
Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Belvinder Kaur Sron berkata MSPO ialah piawaian pensijilan bertaraf dunia dan berharga bagi pengeksport berikutan ia satu usaha mereka dalam mematuhi EUDR.
Beliau berkata perbincangan dengan kedua-dua pakar Eropah dan Malaysia mencapai kesimpulan yang sama iaitu MSPO adalah piawaian pensijilan bertaraf dunia dan bernilai untuk pengeksport kerana mereka berusaha untuk mematuhi EUDR.
"Di sesetengah aspek, seperti tarikh tamat penebangan hutan, MSPO adalah lebih ketat berbanding EUDR.
"Kerjasama perlu ditingkatkan antara EU dan komuniti minyak sawit Malaysia, untuk mengenal pasti bagaimana MSPO boleh diterima dan diiktiraf oleh EU," kata Belvinder.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Pierre Bois d'Enghien berkata MSPO harus diiktiraf oleh EU sebagai instrumen pematuhan, susulan ia merupakan piawaian yang baik, dan memenuhi semua keperluan kemampanan dan keperluan undang-undang EUDR. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Serangan dron Iran ke atas Israel ialah permulaan perang baharu - Pakar
Pelancaran serangan dron Iran ke atas Israel, jelas permulaan kepada sebuah perang yang baharu.
EU kutuk Israel rampas 800 hektar tanah di Tebing Barat
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.
Sepanyol, Ireland, Malta, Slovenia setuju usaha iktiraf negara Palestin
Sepanyol bersetuju dengan Ireland, Malta dan Slovenia untuk mengambil langkah pertama ke arah mengiktiraf sebuah negara berdaulat Palestin.